|
1. Adakah produk ini benar-benar berkesan?
|
|
Ya, semua kereta yang telah kami uji menunjukkan hasil yang ketara. Enjin lama akan menjadi lebih lancar seperti enjin baru.
Kami telah banyak menerima maklum balas yang memberangsangkan daripada para pelanggan kami tentang keberkesanan MACC
membersihkan silinder, palam pencucuh, combustion chamber, piston dan intake manifold. Kami yakin anda pasti akan mendapat faedah daripada produk yang kami tawarkan ini. Sila baca berkenaan 'Jaminan Wang Dikembalikan' daripada kami.
|
| |
|
2. Adakah penggunaan MACC boleh menyebabkan jaminan kereta terbatal?
|
|
Tidak sama sekali kerana MACC
tidak memerlukan pengubahsuaian sama ada mekanikal, elektrikal atau secara kimia. MACC hanya membersihkan karbon yang telah terbentuk di dalam saluran bahan api, kebuk pembakaran, injap silinder dsb.
|
| |
|
3. Adakah MACC sesuai untuk kenderaan berkuasa turbo?
|
|
Ya, MACC
sesuai untuk semua jenis kenderaan termasuk kereta yang berkuasa turbo atau supercharger dan kenderaan-kenderaan lain seperti motosikal, van, lori, bas dsb. Ia juga sesuai untuk semua jenis enjin yang menggunakan karburetor, suntikan bahan api dan juga enjin diesel.
|
| |
|
4. Berapa lama masa diambil untuk merasai peningkatan prestasi kenderaan?
|
|
Serta merta setelah melakukan 15 minit proses pembersihan. Anda akan dapati prestasi dan pecutan kenderaan bertambah baik. Enjin akan menjadi lebih lancar seakan kereta baru. Penggunaan petrol juga semakin jimat kerana karbon telah dibersihkan.
|
| |
|
5. Saya tidak pernah mendengar penggunaan 'decarbonizer' dari negara lain. Adakah teknologi ini berasal dari Malaysia?
|
|
Buat masa sekarang anda susah untuk mencari 'decarbonizer' dijual di negara-negara seperti USA, UK atau Australia tetapi di UK dan USA terdapat beberapa jenis mesin pembersih karbon yang memerlukan kos lebih kurang RM10,000. Bagaimanapun,
MACC jauh lebih murah berbanding mesin-mesin tersebut untuk melakukan tugas yang sama. Teknologinya
berasal dari Jerman
dan kajian telah dilakukan di Jerman dan Australia.
Sebahagian daripada bahan komposisi MACC diimport dari luar negera tetapi pembungkusan (packing) dilakukan di Malaysia.
Ia adalah 100% bahan bukan kimia
(non-chemical substances) dan juga mesra alam. Teknologi yang digunakan juga dipanggil 'Bio-Degradeable Technology'.
|
| |
|
6. Adakah MACC telah diuji secara Mechanical Test?
|
|
Ya, MACC
telah diuji secara Dyno Test
dan produk ini telah terbukti mampu membersihkan karbon seterusnya meningkatkan prestasi kenderaan.
Kami ada memaparkan bukti peningkatan prestasi enjin kereta melalui Dyno
Test tersebut. |
| |
|
7. Berapakah kuantiti yang kami perlu gunakan?
|
(i) Kenderaan petrol:
2000cc dan kebawah – 1 botol
2000cc dan keatas – 2 botol
(ii) Kenderaan diesel - 2 botol
(iii) Enjin yang mempunyai 4 silinder atau lebih - 2 botol
* Untuk hasil yang lebih baik gunakan setiap 10,000km
|