MACC merupakan
pembersih kotoran karbon di dalam ruang pembakaran yang sangat
berkesan. Pembersihan karbon dapat
membantu mengoptimumkan
prestasi sesebuah enjin dan mengembalikan keupayaan enjin hampir ke
tahap asal. Dengan itu, ianya dapat mengurangkan penggunaan
bahan api. Keberkesanan MACC adalah hampir sama seperti anda
membuat
Top Overhaul!
Apa-apapun, anda
perlu faham dulu mengenai karbon, kaitannya dengan prestasi enjin
kenderaan anda, apa itu proses Top Overhaul supaya anda
betul-betul faham tentang apa kegunaan sebenar produk yang kami
perkenalkan ini.
Apa Itu Karbon & Apakah Kaitannya Dengan
Enjin Kenderaan?
Semua kenderaan setelah melalui satu
jarak perjalanan PASTI MENGALAMI pembentukan karbon
di dalam saluran bahan api, combustion chamber, injap, piston,
silinder dan sebagainya. Semuanya berlaku dalam enjin kenderaan
anda.
|
Karbon terhasil secara
SEMULAJADI akibat pembakaran campuran udara
dan bahan api pada piston silinder di dalam enjin |
Paling mudah nak faham tentang karbon
ni ialah lihat pada pelita minyak tanah. Perhatikan asap yang
terhasil, itulah karbon. Akan tetapi, pada pelita kita panggil
jelaga dan sekiranya kita biarkan asap tersebut lalu pada satu tiub,
ia akan menghasilkan kesan hitam dan sekiranya ia berterusan, ia
akan membentuk seperti kerak.

Kalau pada enjin, cuba
lihat pada palam pencucuh. Macam itulah rupa karbon. Pada palam
pencucuh tersebut baru sedikit, banyak lagi yang melekat pada kepala
piston, injap-injap dan ruang pembakaran yang kita tidak nampak.
Kalau 5 Tahun Pakai Kereta, 5 Tahunlah
Karbon Terkumpul!
KALAU 10 TAHUN? 15 TAHUN?
Karbon yang
terkumpul inilah sebenarnya mengganggu prestasi kenderaan anda.
Mengapa Perlu Buang Karbon?
Apabila jumlah karbon
semakin meningkat, ia akan
mengganggu kesempurnaan
pembakaran enjin. Campuran udara dan bahan api yang
tidak sempurna akan mengakibatkan prestasi enjin semakin
menurun, enjin menjadi berat, kurang pick up dan seterusnya
meningkatkan penggunaan bahan api tidak kira petrol mahupun diesel.
Oleh itu,
karbon-karbon ini perlu dibuang untuk membersihkan enjin, seterusnya
dapat mengembalikan prestasi enjin hampir ke tahap asal, seterusnya
. . .
Dapat Memanjangkan Hayat Enjin
Kenderaan Anda!
Kesan ketara dapat dilihat sekiranya kita buang karbon ini pada usia
kereta yang telah menjangkau 10-15 tahun dan tidak pernah langsung
melakukan servis Top Overhaul. Ia pasti akan menunjukkan
kesan yang sangat ketara. Tapi adalah lebih bagus kalau anda
menjaganya dari awal.
Apakah Penyelesaian? Top Overhaul?
Cukup Budget Ker?

Gambar Enjin Yang Telah Dileraikan
Untuk Tujuan
Proses Membuat Top Overhaul
Top
Overhaul
merupakan proses pembersihan komponen-komponen sesebuah
enjin seperti kepala piston, injap-injap (valves),
kepala silinder, intake manifold, dan lain-lain komponen
yang berada di dalam kebuk pembakaran (combustion
chamber).
Proses ini
bertujuan untuk membuang
karbon-karbon di dalam enjin kereta kerana prestasi enjin
yang telah menurun. Kebiasannya, kos untuk membuat Top Overhaul
berharga bermula dari RM500 hingga RM3000
dan mungkin lebih bergantung kepada jenis kenderaan dan saiz enjin
kenderaan anda.
Harga yang sangat mahal ini kerana mekanik terpaksa
'membuka' dan 'menurunkan' enjin tersebut dan
membersihkan komponen-komponen di dalamnya
secara manual.
Adakah budget anda mencukupi
untuk melakukan Top Overhaul? Kalau gaji anda
menjangkau RM5000 sebulan pun, kami pasti anda akan berfikir
panjang untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk melakukan servis ini.
Tapi jika anda gunakan MACC.....?
|
|
|
Ya!!!
MACC Adalah Merupakan Penyelesaian Kepada Masalah
Enjin Anda Yang Sebenar Tanpa Kos Yang Sangat
Membebankan! |
|
|
Bagaimana MACC
Berfungsi?
MACC akan mencairkan dan
menanggalkan lapisan karbon di dalam ruang pembakaran
(combustion chamber) sesebuah enjin, termasuk injap-injap
(valves), palam pencucuh, kepala piston, kepala silinder dan
intake manifold.

Pembakaran bahan api
dalam semua kenderaan tidak
pernah lengkap, oleh sebab itu kita boleh mencium bau bahan api dan asap hitam kelihatan di paip ekzos. Selepas proses
pembersihan menggunakan MACC, sesetengah kenderaan akan
didapati terdapat titisan air akan keluar melalui ekzos.
|
Mengikut formula kimia, jika air
(H2O)
dihasilkan daripada pembakaran, maka pembakaran tersebut adalah lengkap dan sempurna
(kuasa maksimum enjin dapat dihasilkan) |
MACC
dengan menggunakan teknologi dari Jerman akan bertindak
sebagai pencuci karbon yang efektif dalam proses pembersihan enjin.
Pembersihan karbon akan mengoptimumkan prestasi enjin dan enjin
tersebut akan berada dalam keadaan seperti baru.
Teknologi baru ini dikenali sebagai
Preventive Maintenance Technology (PMT).
|
-
Menanggalkan lapisan karbon di dalam ruang pembakaran
(combustion chamber) sesebuah enjin, termasuk injap-injap
(valve), palam pencucuh, kepala piston, kepala silinder dan
intake manifold.
-
Sesuai untuk enjin
Kereta, Van, Bas, Lori, MPV yang
menggunakan petrol, diesel dan gas (NGV) sebagai bahan bakar.
-
Sesuai untuk
semua jenis enjin kereta
sama ada enjin kereta proton, kereta perodua, kereta toyota,
kereta honda, dan lain-lain .
-
Sesuai untuk
semua kereta sama kereta
terpakai, kereta baru, kereta sedan, kereta kompak,
ataupun kereta MPV.
|