Utama | Siapa | Cara Penggunaan | Pembelian | Penghantaran | Bukti | Testimoni | FAQs | Affiliate | Hubungi

 

 

Kuantiti Yang Perlu Digunakan

Kuantiti penggunaan MACC adalah berbeza mengikut jenis bahan api yang anda gunakan sama ada petrol ataupun diesel. Berikut adalah detail mengenai jumlah penggunaan.

(i) Kenderaan petrol:

2000 CC ke bawah - 1 botol
2000 CC dan ke atas - 2 botol

(ii) Kenderaan diesel - 2 botol

(iii) Enjin yang mempunyai 4 silinder atau lebih - 2 botol

PENTING:-

  • Untuk mileage MENGHAMPIRI atau MELEBIHI 80,000 km, 2 BOTOL diperlukan untuk kali pertama penggunaan

  • Untuk hasil yang lebih baik gunakan setiap 10,000 km

 

Cara Memasukkan MACC Ke Enjin Anda

Langkah #1 - Hidupkan enjin dan tutup penghawa dingin (air-cond). Pastikan enjin cukup panas sebelum masukkan MACC.
 

Langkah #2 - Masukkan MACC ke dalam ruang pembakaran enjin melalui 2 tempat (pilih salah satu).
 

Enjin Karburetor

  

(i) Buka penutup dan alihkan penapis udara.
 

(ii) Picitkan perlahan-lahan MACC melalui mulut karburetor. Pastikan anda masukkannya sedikit demi sedikit.

 

Nota: Jika anda masukkan berlebihan, spark plug boleh basah dan enjin akan mati dan sukar untuk dihidupkan semula. Jika hal ini berlaku, anda perlu buka spark plug tersebut dan keringkan dengan kain.
 

Enjin Suntikan (Injection)

(i) Tanggalkan hos vakum pada intake manifold. Pastikan bahagian yang ditanggalkan itu adalah pada penapis udara dan bukannya pada enjin.

(ii) Dengan menggunakan hujung jari, pastikan ada ‘kuasa sedutan’ dari hos tersebut (inilah yang dikatakan hos vakum).

(iii) Masukkan muncung botol MACC pada hujung hos yang mempunyai kuasa sedutan itu. Terbalikkan botol MACC bagi memudahkan cairan mengalir masuk ke enjin.

(iv) Biarkan cecair MACC masuk ke enjin dengan menggunakan kuasa sedutan dari hos, tidak perlu picitkannya.

Penting! Sekiranya anda tidak tahu di mana hos vakum, pergi ke bengkel terlebih dahulu untuk minta mekanik tunjukkan kepada anda mana satu hos vakum tersebut ataupun rujuk laman web www.jagakereta.com.

Pastikan anda memasukkan MACC pada bahagian "Injection". Hubungi 013-2264922 untuk bantuan.
 

Langkah #3 - Biarkan enjin hidup selama 15-20 minit TANPA PERLU TEKAN PEDAL.
 

Langkah #4 - Selepas 15-20 minit, tekan pedal minyak secara perlahan-lahan dan biarkan kepulan asap putih keluar. Jika anda menekannya dengan kuat, pastikan ia tidak mencecah pada garisan merah pada meter RPM. Tekan sehingga asap putih tiada. Tempohnya bergantung kepada kerak karbon di dalam enjin kereta.

Peringatan! Pastikan minyak mencukupi, dan juga timing belt dalam keadaan baik. Proses ini boleh menyebabkan ianya putus apabila menekan pedal terlalu kuat jika timing belt anda telah lama.
 

Langkah #5 - Asap akan hilang secara beransur-ansur apabila proses pembersihan selesai.
 

Nota: Untuk menghapuskan asap serta-merta atau dengan kadar yang pantas, pengguna disyorkan mengeringkan palam pencucuh (spark plug) dengan menggunakan kain yang bersih ataupun untuk mendapat kuasa yang maksimum, gantikan dengan palam pencucuh yang baru.

 


Anda berurusan dengan syarikat Mechaniq Auto Marketing (SA0215245-U)

 

P.S - MACC adalah merupakan produk yang telah terbukti berkesan memberikan kesan optimum kepada kenderaan. Kami telah mendapat banyak feedback positif daripada pelanggan-pelanggan kami.

P.S.S - Kesan MACC adalah serta merta sebaik sahaja proses pembersihan karbon dalam enjin anda selesai. Jika tak percaya, CUBALAH SENDIRI!

P.S.S.S - Anda menjalankan urusan dengan syarikat dan bukannya orang perseorangan. Jadi anda tidak perlu berasa ragu-ragu untuk membuat pembelian dengan kami.

 

Utama | Siapa | Cara Penggunaan | Pembelian | Penghantaran | Bukti | Testimoni | FAQs | Affiliate | Hubungi